Thursday, December 2, 2010

Undian BPM stage 2

Kalau ada masa undi la kak jemah ataupun ceera . Masuk stage kedua :) Macam tak percaya je :)

Blog personal Isteri Pilihan

dan sepet jugak ye

Blog Personal Wanita Pilihan

http://bpm-undi2.blogspot.com/

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Monday, September 27, 2010

Ahad itu macam bosan, Ini bukan Entry Contest

HAHAHA tak habis-habis saya pukul canang bagitahu korang semua yang saya bosan weekend ni kan hahaha. Ni dah kali keberapa saya bagitahu saya bosan eh? Sila kira, tapi jawapan betul takde hadiah muahaha.

Jadi hari ahad yang bosan (eh cakap lagi?) saya macam mana?

Macam ni:

Pagi kul 7.30 dah melayan anoi. Well feremfuan tu pagi-pagi dah nangis nak dukung. Nisa? Dia bangun lewat kul 9 lebih kot. Nisa bangun2 pun nangis sambil tanya "Mama, Abah kita mana?"

Nisa memang dah taknak langsung panggil papa dia "papa" dah la. Ingatkan dia terikut-ikut main-main je hari tu. Rupa-rupanya betul. hahaha. Belasah ajer la nisa oiii.

Saya mandikan anak-anak. Siap-siapkan anak wangi-wangi.

"mak, saya nak balik seremban jap mak, nak amik baju"

lepas tu saya pakai la tudung apa semua, anoi nampak je saya pakai tudung, dan dan tu mengelupur nangis nak ikut. Saya dukung la dia. Dukung masukkan dalam kereta. Nisa yang tadi main2 dengan atok kat laman, nampak mama masuk kereta dia pun kejar. Ahhh dah dua2 pulak nak follow. Tak kisah la, saya dukung dua-dua masuk kereta.

sedang nak bancuh susu budak-budak ni buat bekal dalam kereta mertua saya tanya

"mah nak bawak dua-dua tu ke, boleh ke?"
"entah lah mak, belasah je la, dah nangis2 nak ikut tu"
"anoi takyah ikut lah, biar mak jaga"
"erm yelah"

Mertua saya tahu memang susah bawak anoi, sebab anoi kalau meragam bukan calang-calang.

Saya tengok je muka anoi. Kesian. Yelah, semalamnya masa nenekatok keluar dia kena tinggal dengan mama, nisa je ikut, lepas tu mama keluar dengan kakak dia, dia kena tinggal jugak. Macam sedih kan. Tapi apakan daya. :(

Dalam kereta, nisa asik tanya soalan trick kat saya

"mama, kita ni nak pegi jasko ke apa"
"balik rumah lah, mama nak amik baju je"
"ooo kakak ingat nak pegi jasko tadi"
"tak, mama nak amik baju"
"kenapa tak pegi jasko mama"
"sebab mama nak amik baju je"
"tapi kenapaaaaaaaaaa"

arghhhhhhhhhh... kena jugak aku pegi jasko nampak gaya ni. hahaha. saiko ok perempuan kecik ni.

Kebetulan lak ada bendalah ni. Kopak 8 hengget haku :p


Lepas tu, belikan buku cerita nisa, belikan sabun mandi, syampoo budak-budak. setel. balik.

Lepas tu.

.................................................. (sila isi tempat kosong, tidak boleh melebihi 30 patah perkataan)



Jadi itulah aktiviti ahad saya. Sekian.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Tak Mecing

Saya rasa macam kartun

Baju kurung pink+kelabu = tudung kelabu so ok
tiba-tiba pakai wedges bercorak dam
handbag coklat+purple
Mekap pink pink

Jadi jangan terserempak dengan saya hari ni hahaha

Malewwwwwwwwww.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Sunday, September 26, 2010

Digital Makeup

Salam Ahad all

Lupakan pasal kesangapan hari ni. huarghhhhhhhhh mengantuk sudah. :)

Hari ahad memang hari tiduran hooo. Korang jangan cakap korang seronok riang ria pegi open house hari ni ek, kang I sentap. tsk.

Ehem.

Ehem.

Ehem.

Sebenarnya nak cerita pasal digital makeup yang telah mengePINK kan wajah kussssss :p

Salah seorang pembaca yang baik, vkalai emel saya kelmarin, bagitahu yang dia offer saya makeupkan gambar saya macam gambar xiaxue. Ya saya kan mengkagumi makeup dia. Dah vkalai offer tu kan terus setuju tanpa pandang kiri kanan. terus sukaaaaaaaaaaa

Ehem, Amacam?


Tengkiu kalai, makeup kan akak :) walaupun hanya digital makeup kan. Tetap akak bangga :)

Tak sabar tunggu lagi sekeping gambar, sebab saya hantar 2 keping gambar. Ehem. Mau tengok lagi sekeping jugak??? NEXT!!


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Saturday, September 25, 2010

Halau Lalat

Lalat oh lalat kenapa kau datang!

Minggu ni adalah super bosan sebab nak pegi open house pun enggak bisa! Nak menerima tetamu datang rumah pun enggak bisa. Nak balik kampung pun enggak bisa. Keranamu suami. :)

En.laloque ada kerja la pulak kan. Hei kerja dibulan syawal ni sangat menduga pasangan okeh! Pasangan mu ini yang terasa bahangnya hahaha. Dah la open house sedang meriah weekend ni kan. Ohhhh rugi perut ku.

Korang bayangkan saya mentekedarah kuih raya mertua saya dari pagi sampai petang haha. Osah bosan sangat le tu ye tak. Lagi pun nisa ikut mertua saya pegi kenduri, tinggal saya dengan anoi je (ada adik ipar sekali). Anoi berkepit je dengan saya, asal saya alih kedudukan vontot pun dia nangis. Punya la takut saya hilang dari pandangan.

Jadi ini bukan entry lalat langau yang seperti yang korang bayangkan masa korang nampak title entry ini. Sebab ini memang entry Halau Lalat By Anoi HAHAHA

Aktiviti bosan di anjung, Only me n anoi. Yes Kita berdua je.

Jadi sebab takkan saya nak main kejar-kejar dengan anoi. Maka saya suruh anoi halau lalat.


Itu saya, ada nampak?


Kita sudahi dengan menonton video anoi yang bersungguh-sungguh menghalau lalat walaupun ianya kelihatan seperti suatu pekerjaan yang sia-sia



Halau Lalat By Anoi eceh.

Sekian.

**Nampak sangat bosan kan hahaha

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Breeze bukan Serbuk Pencuci

Habis tu BREEZE tu apa?

Ye saya pun tak pernah dengar sebelum ni, jadi korang takyah down sangat sebab tiba-tiba terasa macam tak mengikuti peredaran teknologi semasa, padahal berfesbuk kemain meriah lagi kan hahaha.

Khamis lepas saya diinvite oleh Nuffnang untuk event Standard Chartered Bank Breeze Bloggers' Meet. Jadi saya pun pegi. Sekian terima kasih haha. dush!

Event ni diorang buat dekat The Grand Modesto's. Tak pernah-pernah saya sampai sana. So habis keje jam 5 petang terus bergerak ke sana dari seremban. Memang sempat sangat la kalau terus pegi sana, tapi sebab nak jemput ceera dulu kat cheras so sampai ngam ngam soi la. Baguihhh. Kalau sampai awal mati kejung kebosanan acik dibuatnya. Itu pun Garmin asik recalculating macam !@#$%. Bingit je telinga tiap kali dia cakap "recalculating" hahaha. Osah malam kang ngigau RECALCULATING :p

Kakjemah tolonglah, kitorang nak tahu pasal BREEZE lah...

HAHA baiklah! Baiklah! Izinkan saya spiking Amareka jap (ini kalau JON dengar ni nanges ni, rugi dia tak ngorat saya kat event tu haha)

Breeze is a whole new way of banking that lets you manage your money like never before. Enjoy the flexibility of customising how you see, move and keep track of your money. That's right - we put you back in control of your bank account! Best of all, we do it in a language that you can understand.

Intro from Robb (yang sampai sekarang saya pelik kenapa twitter dia adalah @sotongzai)



Jadi kenapa korang kena guna BREEZE? Erm Kenapa kita kena menggunakan perkhidmatan BREEZE?

Top 3 reasons to use Breeze:

  1. It’s simple – Breeze is banking without the jargon – we use everyday language that anyone can understand.
  2. It’s personal – Breeze empowers you by letting you personalise your banking experience according to your preferences.
  3. It’s convenient – Breeze lets you take care of your daily banking needs – wherever, whenever you want. You can send a Bank Cheque virtually and pay bills on the go.

Ha dah cukup TERUJA untuk nak telek belek BREEZE ni dengan lebih lanjut lagi. Sila lah Klik Laman Web BREEZE untuk maklumat yang lebih mencabar minda. Kalau saya kopipes semua kat sini. Konpius lak korang ini belog siapa haha. Ada video best punya kat sana. Tapi bukan video terlampau harap maklum :p

Banking is now a Breeze


Event Standard Chartered Bank Breeze Bloggers' Meet, jadi siapa Bloggers yang saya meet?

Ehem-ehem

Yang lelaki omputih tepi sekali adalah "Kontrovesi JON" hahaha (apa link JON ek?) Hai JON! (ceh amik hati :p), Yang tudung hitam tu adalah "take picture together-gether aka sumijeli" , Pengerusi majlis Jejai , Perempuan yang hampir makan asam keping, Jemah, Spokeperson kakred, dan Tukang makan tak henti2 ceera.

Kelakar grup ni dari awal sampai balik asik gelak. Banyak betul cerita kontroversi.

Ini adalah muka-muka yang gagal sifir 7. Demit! Kalah!

Sumi, Jemah dan Nic Nuffnang.

Bythewei and Jemah

Wei Li ni asal Singapore, jadi dia tak faham malay lah. Jadi kitorang sembang-sembang macam kelakar sangat

"awak tak faham malay?"
"sikit-sikit la"
"kalau macam tu awak kena baca blog saya"

(seteleh saya translatelah, banyak lagi yang kitorang sembang)

hahaha dah dia tak paham, saya suh baca. bagaimanakah ituuu. Baca pelan-pelan mana tahu lepas tu boleh faham kan Wei Li. kan kan kan

Sumi, ceera, jejai dan viruspadu


Shoilin Tiger yang super tinggi, Rob Nuffnang yang @Sotongzai and Me



Lain-lain bloggers: Teh Tarik, Rabi, darkbatman, Jen, Hongkiat, bean aka suterablogger, (nanti kalau rajin sy add lagi mana yang saya ingat ek, tp tak berani janji)

Erm, Jestina dan Fresh balik awal, so alfelufe nak take picture together-gether :p

Seronok dapat kenal rakan-rakan baru.
Walaupun sebenarnya saya ni macam agak berat mulut pemalu jugak sebenarnya. (ye ke?)
Erm, hope dapat jumpa lagi lepas ni :p


Banking is now a Breeze



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

Friday, September 24, 2010

Wahai Roti Jala

Percaya atau tidak, daripada bulan puasa itu hari saya teringin nak makan roti jala yang sedap. Maksud saya adalah roti jala yang sebenar-benarnya roti jala yang kuah dia senonoh rasa dan roti jala dia nipis2 dah sedap. Ya itu la maksud saya. Tak percaya sudah. haha tetiba marah orang tak percaya cakap dia haha.

Masa dekat PARAM tu adalah lah saya beli jugak roti jala dua tiga kali jugak lah.

Percubaan pertama: roti tebal + kuah cair
Percubaan kedua: roti tebal + kuah cair
Percubaan ketiga: roti tebal + kuah cair

demit!

hahahaha

bila tiga kali gagal dengan kegagalan yang sama. Sudahlah tu. Tak payah la beli lagi. Dah tahu dah result dia kali ke empat macam mana. Sedih. Sebab ketiga-tiga gerai adalah gerai yang berlainan malah PARAM juga yang berlainan. Tapi macam mana diorang punya peel sama. Felik! Ni jenis nak untung agaknya tapi kualiti out.

Berniaga la betul-betul baru la orang beratur nak beli roti jala kau. Ni jenis berniaga tak fikir panjang ni tau. Fikir lah long term punya bisnes wei. Adoiiiiiiii. Masak sedap orang pun suka kau jugak yang untung. Ni masak macam tu, ko dapat maki je ada, sok jangan harap orang nak repet lagi gerai ko. Kirim salam babai gudbai nehinehi

Baiklah dah panjang dah saya membebel pasal roti jala kat param bulan puasa haha padahal sebenarnya nak cerita pasal roti jala yang saya berjaya sebat masa open house opis jiran sebelah menyebelah. Sekarang ni untung, semua opis/department pakat buat open house, kitorang syiok lol pakat simpan wallet dalam peti berkunci lah. ewah

roti jala kuah kambing. nampak rupa cantik dah menang dah. tapi saya tak suka dia berkuahkan kari kambing. macam tak in dekat tekak. tp takpe sebab sedap jugak (kot). cuma kombinasi dia je saya tak biasa


Antara apa lagi yang saya sebat dekat open house opis jiran ;)

satay.


mee rebus


cendol


kek apantah

semuanya sedap.

Best join opis terbuka ni, best la kat perut kau kan hahaha. lepas tu mengelupurlah kau disana sit up tiap-tiap malam sebab perut dah buncit kan haha.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza